Setakat ini, semua course yang saya ambil saya berpuas hati dan saya bersyukur kerana mendapat pensyarah-pensyarah yang sangat bagus dan memahami.
Walaupun di sekolah munkin saya garang dengan anak murid saya tapi itu tidak bermakna saya mahu kan guru yang garang mengajar saya.
Setiap kali saya ke kelas saya akan tersenyum sendirian kerana apa yang saya lalui di kelas utm saya ini sama dengan apa yang anak murid saya lalui apabila merek bersama dengan kelas saya.
Menonton video, membuat kuiz dalam masa yang ditetapkan, groupwork, presentation... jadi, walau gelabah atau debar macam mana sekalipun saya rasa, saya akan sentiasa teringatkan tentang anak murid saya, kerana, saya sentiasa beritahu mereka untuk 'think out of the box,' get involve in groupwork discussion, think creative, be brave, bla bla bla... dan nah, sekarang saya kini menjadi 'murid', dan baru saya faham kini perasaan mereka...